two ferrari_singaporean bad luck
BackWarga Singapura berkonvoi Ferrari disamun NILAI 6 Sept. - Sepasang kekasih dari Singapura yang sedang berkonvoi menaiki kereta Ferrari dipercayai menjadi mangsa geng 'langgar dan samun' dalam kejadian di Kilometer 274 arah utara Lebuh Raya Utara Selatan dekat sini petang semalam.Dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, pasangan berusia 20-an dan 30-an tersebut bersama-sama kumpulan yang menaiki kereta Ferrari lain dalam perjalanan dari Singapura untuk bercuti di Genting Highlands. Tiba di tempat kejadian, kereta mangsa terlanggar sebuah kereta Hyundai di hadapannya menyebabkan kedua-dua kenderaan itu berhenti. Pada masa yang sama, sebuah kereta Mercedes datang dari arah belakang dan berhenti di tempat kemalangan itu dan tiba-tiba seorang lelaki berusia 30-an keluar lalu terus memarahi pemandu Ferrari berkenaan. Difahamkan, lelaki berkenaan yang bertopi keledar telah mengambil sebatang kayu dan memecahkan cermin hadapan kereta Ferrari itu. Bertindak seolah-olah pegawai pasukan keselamatan, suspek kemudian menyuruh orang ramai menangkap mangsa iaitu lelaki yang memandu kereta Ferrari tersebut. Seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu, ketika itu, seorang lelaki lain menggeledah bahagian dalam kereta mangsa. "Penyamun itu menyalahkan pemandu Ferrari atas kemalangan yang berlaku dan perbuatannya meminta supaya mangsa ditangkap menyebabkan orang ramai menganggap dia pegawai pasukan keselamatan. "Apabila seorang lagi penyamun meluru dan memukul lelaki Singapura itu dan kemudian menggeledah kereta Ferrari berkenaan, teman wanita mangsa bertindak melarikan diri," katanya. Selepas menggeledah dan mengambil barangan dari kenderaan mangsa, penyamun terbabit kemudian menyedari ketibaan konvoi kereta Ferrari yang merupakan rakan-rakan mangsa, menyebabkan mereka melarikan diri menaiki kereta Mercedes tersebut. Sepanjang kejadian itu, saksi berkenaan memberitahu, orang ramai tidak mengetahui ke mana pemandu kereta Hyundai berkenaan sejurus kemalangan berlaku. Dalam kejadian itu, mangsa lelaki berkenaan cedera ringan akibat dipukul oleh penyamun tersebut manakala teman wanitanya tidak mengalami sebarang kecederaan. Pasangan itu kemudian diselamatkan dan dibawa oleh rakan-rakan mereka sejurus konvoi kereta-kereta Ferrari itu tiba di lokasi kemalangan. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zaki Masroh mengesahkan kejadian berkenaan. Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai kes berkenaan. this vr was recorded at the time we going back from genting....
Category: Travel
Uploaded: September 7th, 2008 @ 5:43 am
Author: kreo2712
Length: 00:33
Rating:
Views: 500
Tags: destination
Related Video Links:
» View Video Comments For two ferrari_singaporean bad luck
» View kreo2712's Other Uploaded Videos
Video Thumbnails:
Video Embedding Code:
* Embed this video on your website, social bookmark, myspace, or blog.
-
Pages:
Home
YouTube's Blog -
Tags:
...Young Jeezy ...Lupe Fiasco ...Rakim ...UGK (Bun B) ...Jadakiss ...Tonedeff ...Killah Priest ...Outlawz, Tha ...Pimp C ...Big Pun ...Fabolous Hip hop Music ...DMX ...Saigon ...Uncle Murder ....Cunninlynguists ...Kanye West ...Masta Ace Hip hop ...Mos Def videos of Hip hop ...Foxy Brown ...2pac (Makaveli) ...Ghostface Killah ...Kurupt ...Canibus ...Wu-Tang Clan, The ...Ludacris ...Benefit ...T-Pain ...Crooked I ...Fat Joe ...Lil' Wayne ...Joell Ortiz ...50 Cent ...Coolio ...Wordsworth (Punch & Words) ...Cassidy ...Lauryn Hill ...Remy Ma ...MURS ...Prodigy ...Suge Knight ...Roots, The ...Common ...De La Soul ...Flowers & Kain ...Lil Wayne ...Bun B (UGK) ...Apathy ...50 Cent ...Notorious B.I.G. ...Nas ...Gangstarr ...Snoop Dogg ...Scarface ...Black Eyed Peas ...Papoose ...dead prez ...Talib Kweli ...Young Buck ...Game, The ...Jay-Z ...Ras Kass Hip hop videos ...Lupe Fiasco ...Joe Budden ...Xzibit ...Eminem ...OutKast ...Skillz (Mad Skillz) ...Atmosphere ...LL Cool J ...GZA ...Brother Ali ...Gym Class Heroes ...Big L ...Fugees, The ...T.I. ...Ghostface Killah